15 Agustus 2011

Bunyi di dalam Film


           
Tinjauan literature berkenaan dengan pendapat dari pakar-pakar mengenai filem dokumenteri dan bunyi di dalam filem. Tinjauan literatur dibuat berasaskan bahan yang didokumentasikan seperti thesis,artikel,buku dan laman web yang dapat di percayai kebenarannya.
Filem adalah rakaman peristiwa daripada suatu kenyataan, karangan atau fantasi belaka. Image yang di hasilkan haruslah merupakan reproduksi kehidupan sesungguhnya atau suatu dunia pura-pura yang menyakinkan. Unsur visual dan audio visual daripada filem perlu di integrasikan, hingga keduanya saling menunjang dalam mempengaruhi penonton[1].  Jenis-jenis filem salah satunya ialah filem dokumentari, John Grierson menyatakan karya filem dokumentari merupakan sebuah 'laporan aktual yang kreatif. Filem dokumentari berkaitan orang -orang, tokoh, peristiwa dan lokasi yang nyata[2].
Filem secara umum dapat di bagi atas dua unsur pembentuk yakni unsur naratif dan unsur sinematik. Dua unsur tersebut saling berinteraksi dan berkesinambungan satu sama lain untuk membentuk filem. Unsur naratif adalah bahan (materi) dan unsur sinematik adalah cara atau gaya untuk membentuknya. Empat elemen yang terdapat pada unsur sinematik adalah mise-en-scene, sinematografi, editing dan suara[3]. Mise en scene adalah segala hal yang terletak di depan kamera yang akan di ambil gambarnya dalam sebuah produksi. Sinematografi merupakan perlakuan terhadap kamera dan filemnya serta hubungan kamera dengan objek yang di ambil. Editing adalah peralihan sebuah gambar ke gambar lain. Sedangkan bunyi adalah segala hal dalam filem yang mampu kita tangkap melalui indra pendengaran. Bunyi atau suara adalah kompresi mekanikal atau gelombang longitudinal yang merambat melalui medium[4].
Filem yang di buat bersuara secara professional harus menyajikan citra visual secara berterusan, lancar, mengalir secara logik, di tambah suara, penggambaran peristiwa yang di filemkan secara berkaitan yang masuk akal[5]. Gerzon mengatakan tafsiran sutradara boleh memenggal-menggal (menyunting) realiti yang ada. Kerana itu, penggunaan direct sound boleh menjaga dan memagari kesinambungan kenyataan tersebut 16. Peranan bunyi adalah untuk membantu visual menyampaikan maklumat yang berkesan. Kehebatan bunyi tidak seharusnya menenggelamkan kekuatan sesuatu visual. Visual dan bunyi seharusnya saling sokong menyongkong bagi membentuk sebuah filem[6].
Menurut Don Livingston Ada empat macam teknik suara iaitu recording langsung, penceritaan (narration), kesan bunyi dan muzik[7].
  1. Recording langsung adalah suara yang di record pada waktu shooting. Ini tentu saja termasuk perbualan antara bintang filem. Ada dua cara rakaman langsung, sistem tunggal dan sistem ganda. Pada sistem tunggal, unit rakaman suara didalam kamera, dua-duanya gambar dan suara di rakam pada satu filem. Pada sistem ganda, recorder dan kamera adalah unit yang berasingan yang di jalankan dengan serentak atau waktu bersamaan. Suara di rakam pada satu filem dan gambar pada filem yang lain.
  2. Narasi atau rawi (narration) adalah komentar yang diberikan oleh seorang pembicara yang tidak dapat dilihat pada filem. Rawi merupakan suara pada runut bunyi yang menceritakan tentang filem. Dalam filem dokumentari rawi di gunakan bagi memberi penerangan kepada penonton secara am[8]. Pengarang tidak boleh lupa bahawa imej yang menceritakan ceritanya, narration hanya membantu atau menerangkan bahagian-bahagian yang tidak dapat diceritakan oleh gambar. Alasannya, visual lebih menarik, selain kosentrasi dokumentari adalah penuturan dengan gambar, bukan dengan kata-kata. Bagi penonton, yang terlihat oleh mata lebih berpengaruh kepada minda dan ingatan berbanding dengan yang didengar telinga. Apabila reaksi penonton terhadap imej visual sudah terbentuk pada sebuah adegan atau peristiwa, sementara penekanan maklumat diberikan melalui narasi, hal ini boleh berakibat fatal kerana pemahaman penonton akan terbingungkan (penonton menjadi bingung). Narasi tidak boleh memberikan maklumat yang sudah di berikan imej visual agar tidak berlaku maklumat ganda. Filem dokumentari menggunakan narasi sederhana saja untuk menyambung turutan-turutan; serta perubahan yang berlaku pada masa dan ruang[9]. Perbandingan panjang rawi dengan rangkaian gambar visual, umumnya adalah 2 / 3 dari total durasi film keseluruhan. Pada dokumentari sejarah, pendidikan dan instruksional, semakin narasi berkurangan akan semakin baik agar tidak membosankan.
Beberapa hal yang perlu di perhatikan dalam penulisan narasi:
    • Seperti muzik ilustrasi film, narasi diberikan bukan sekadar untuk didengar, melainkan untuk menunjang visualisasi dalam menyampaikan maklumat.
    • Narasi berfungsi membantu menjelaskan maklumat apabila imej visual tidak mampu bercerita. Ada maklumat yang perlu disampaikan tetapi visualisasinya tidak mampu memenuhinya, seperti; where (dimana lokasi adegan), who (siapa pelaku atau tokohnya), when (bila terjadinya dan how (bagaimana proses kejadiannya).
Sifat naratif boleh di bagi dalam dua kriteria, iaitu:
    • Narasi subjektif. Narasi berfungsi sebagai benang merah yang memonopoli apa yang di sampaikan gambar visual. Isi wawancara merujuk pada isi narasi. Narasi di posisikan sebagai pembahas, bukan pengamat, sehingga wawancara hanya dijadikan hujah bagi pembahasan tema yang di inginkan. Narasi menyampaikan gambaran subjektif daripada tafsiran si pembuat.
    • Narasi Objektif. Walaupun narasi menjadi benang merah penuturan, tetapi isi wawancara tidak dijadikan hujah daripada yang di sampaikan narasi. Isi narasi diutarakan seperti sebuah keterangan atau pengumuman, disertai soalan-soalan. Isi wawancara berperanan sebagai jawapan dari yang ingin di ketahui oleh isi narasi, sehingga kandungan naratif dalam bentuk soalan-soalan.
Teknik bertutur tentang narator atau voice over di filem dokumentari menggunakan 3 cara iaitu menggunakan presentator(pengacara), menggunakan narrator, dan yang ketiga tidak menggunakan kedua duanya namun berdasarkan dialog otentik dari pada subjek yang berperanan dalam filem. Pemilihan ketiga cara ini berkaitan dengan kos, gaya dan tujuan pengedaran [10]
Dalam pembikinan(pembuatan) filem dokumentari wawancara adalah satu perkara yang sangat penting. Wawancara bukan saja salah satu cara mencari fakta dalam peringkat penyelidikan bahkan wawancara juga di paparkan di dalam filem[11]. Melakukan wawancara untuk mendapatkan maklumat secara ‘on the spot’ yang harus di ambil kamera untuk di jadikan bahagian dari visualisasi dokumentari[12].
  1. Sound Effect atau Kesan bunyi merupakan bunyi yang ditimbulkan oleh semua aksi dan reaksi dalam filem. Salah satu fungsi utama Sound effect sebagai pengisi suara latar. Penonton sedapat mungkin mendengar apa yang seharusnya mereka dengar di sebuah lokasi cerita sehingga terdengar nyata layaknya seperti pada lokasi sesungguhnya. Efek suara juga mampu memanipulasikan sebuah aksi dan objek[13]. Muzik dan sound effect boleh mengantarkan flashback. Suara boleh di dengar oleh telinga sehingga fikiran muncul sebelum imagenya dilihat. Sound effect secara tersendiri atau berbaur dengan muzik, dialog menawarkan bermacam peralihan yang imajinatif. Sukses atas suatu perjuangan, pertumbuhan dari suatu projek, pemindahan dari suatu masa atau tempat lain[14]. Menggunakan sound effect sebaiknya realiti didekati sedekat mungkin. Kadangkala sound effect di gunakan untuk menimbulkan idea dan emosi, kesan bunyi juga boleh di gunakan sebagai jambatan pada dissolve gambar[15].
  2. Muzik dimaksudkan untuk mempertegas sebuah adegan agar lebih kuat maknanya. Apabila muzik dimaksudkan sekadar sebagai latar belakang maka muzik masuk dalam kategori elemen sound effect. Muzik dibahagikan kepada dua:
    • Ilustrasi musik adalah suara, baik dihasilkan melalui instrumen muzik atau bukan yang di sertakan dalam suatu adegan guna memperkuat suasana. Muzik latar sering berupa tema, membentuk dan memperkuat mood, cerita, serta tema utama filemnya. Tempo muzik boleh mempengaruhi mood, tempo cepat sering digunakan untuk adegan aksi fizikal yang berkarakter cepat sementara tempo lambat sering di gunakan untuk adegan yang berkarakter dramatik[16]
    • Theme song adalah lagu yang dimaksudkan sebagai sebahagian daripada identiti sebuah filem, boleh merupakan lagu yang di tulis khas untuk filem tersebut ataupun lagu yang telah popular dahulu[17]. Lagu-lagu yang sudah di kenal memberikan kemungkinan yang baik sekali untuk menjelaskan lokasi dan banyak situasi seperti perang, penaklukan, perkahwinan, pelayaran, cowboy, dll. Lagu tema bersama liriknya di gunakan untuk menyokong mood adegannya, seperti sedih, bahagia, mencengkam, dan sebagainya. Perpindahan ke setting baru boleh di mulakan dengan memperdengarkan barisan permulaan lagu yang sesuai. Jambatan muzik menyederhanakan penjelasan ketika lokasi berbeza yang ditunjukkan tanpa perlu memasangkan tulisan atau sisipan penjelasan lainnya, selain itu juga untuk penyingkatan waktu[18].
Muzik sebagai latar belakang filem tidak boleh menarik perhatian sebagai muzik sendiri. Muzik harus membantu dalam membimbing keadaan jiwa (mood) penonton, tetapi tidak boleh begitu kuat sehingga menggangu perhatian untuk gambarannya. Muzik dipergunakan sebagai introduksi, untuk membimbing dan menandakan[19]. Penggunaan muzik dalam filem dokumentari sangat minimal, biasanya ilustrasi muzik di tempatkan sebagai peralihan antara adegan atau sequens satu ke adegan atau sequens selepasnya, dan sound effect ditabukan[20]. Muzik digunakan pada permulaan sesuatu babak atau sebagai peralihan kepada sesuatu babak lain. Terdapat juga filem dokumentari yang menggunakan muzik pada keseluruhan filem. Filem dokumentari ini menggunakan visual untuk menyampaikan mesej[21].
Beberapa aspek asas yang membentuk ‘high suara’(ketinggian nada suara)  adalah loudness, pitch dan timbre.
  1. Loudness atau volume yang menunjukkan kuat-lemahnya suara. Loudness atau kelantangan yang menunjukkan kuat-lemahnya suara. Suara semakin kuat jika volumenya semakin tinggi demikian pula sebaliknya. Suara semakin kuat jika volumenya semakin quality demikian pula sebaliknya. Suara-suara objek yang mempunyai kelantangan quality akan menutup semua suara yang volumenya rendah. Volume suara boleh membentuk serta memanipulasi jarak serta kelantangan ruangan.
  2. Pitch ditentukan oleh frekuensi suara. Pitch ditentukan oleh frekuensi bunyi. Semakin tinggi frekuensi suara semakin tinggi pitch suara, demikian pula sebaliknya. Frekuensi suara boleh di kelaskan menjadi tiga jenis, yakni low (bass), midrange, dan high (trebble) dengan unit herzt (Hz).
  3. Timbre boleh juga di sebut warna suara. Dalam volume serta frekuensi yang sama setiap sumber suara memiliki warna suara yang berbeza. Dalam volume serta frekuensi yang sama setiap sumber suara mempunyai warna suara yang berbeza. Dalam seni muzik, timbre digunakan untuk menentukan perbezaan high suara tiap jenis instrumen muzik.
Untuk mengawal high suara di kelompokkan menjadi beberapa aspek, yakni ritme suara, ketepatan suara, diagetic dan nondiagetic sound, perspektif suara serta aspek temporal suara.
  1. Ritme suara atau rhythm.  . Suara atau muzik mempunyai ritme. Ritme muzik berkaitan ritme aksi serta ritme editing di dalam filemnya. Kandungan gerak dan tari, ritme editing, hingga pergerakan kamera mengikuti ritme muzik serta lagunya. Ritme suara tidak hanya di miliki oleh muzik tetapi dialog dan sound effect juga mempunyai ritme. Dialog di dalam filem berkaitan ritme editing. Pada sebuah adegan perbualan, pertukaran shot biasanya dilakukan pada saat sebuah kalimat setelah diucapkan atau pada jeda sebuah kalimat.
  2. Akurasi suara ( fidelity ). Akurasi suara mengacu apakah suara yang keluar dari sebuah objek akurat (bertepatan) dengan suara aslinya.     Suara tidak mesti harus berasal dari sumber jika memang suara aslinya tidak tersedia. Suara yang tidak tepat dengan sumbernya juga mampu menghasilkan kesan.
  3. Diagetic dan Nondiagetic sound 
-       Diegetic sound iaitu semua suara yang berpunca daripada dalam dunia cerita filemnya. Diegetic sound termasuk bunyi dialog, bunyi kesan yang di hasilkan oleh objek atau watak, serta muzik yang di hasilkan daripada instrumen dalam aksi cerita. Diegetic sound juga dipengaruhi oleh sekatan frame. Suara di luar dan di dalam frame sangat berbeza karakteristiknya dan boleh dimanfaatkan oleh pengarah sesuai tuntutan cerita. Selain suara yang secara fizikal tampak dalam frame, suara batin yang di pikirkan dan di dengar watak juga merupakan diegetic sound.  
-       onscreen dan offscreen Sound . Onscreen adalah semua bunyi yang di hasilkan watak dan objek yang berada di dalam frame. Offscreen sound adalah semua bunyi yang berasal dari luar frame.  
-       External dan internal diegetic. Sound external diegetic sifatnya objektif, merupakan semua bunyi yang bersumber daripada objek fizikal di sekitar watak dan mampu di dengar oleh orang lain yang berada pada adegan tersebut. Internal diegetic sifatnya subjektif, merupakan semua bunyi yang bersumber daripada fikiran seorang pelakon. Penonton mendengar suara yang sama dengan apa yang di dengar penonton, sementara orang lain selain pelakon tidak dapat mendengarnya. Suara itu merupakan khayalan dari pelakon.
-       Nondiegetic Sound iaitu turun suara yang berasal dari luar dunia cerita filem dan hanya mampu di dengar oleh penonton sahaja. Ilustrasi muzik, atau lagu, kesan bunyi, serta narasi adalah suara nondiegetic sound. Nondiegetic sound bersama dalaman diegetic sound juga di istilahkan sound over kerana sumber suara secara fizikal tidak berasal daripada objek dalam adegan. 
4..  Perspektif suara. Suara mampu membentuk jarak dan kedalaman ruangan. Perspektif suara di pengaruhi oleh kelantangan suara dan efek gema. Volume suara mampu menentukan jarak sebuah sumber suara. Volume suara yang tinggi biasanya mengindikasikan kedudukan sumber suara berada dalam jarak yang dekat, sementara volume yang rendah sebaliknya. Efek gema mampu membentuk persepsi kelantangan ruangan (keluasan bilik). Kesan gema pada ruangan sempit berbeza dengan kesan gema pada ruangan luas.  

5.   Aspek Temporal Suara.  
-       Suara simultan. Semua suara dalam filem umumnya suara simultan iaitu suara yang muncul adalah sama dengan waktu aksi cerita. Suara simultan aksi cerita paling umum digunakan dalam filem cerita. Seperti adegan perbualan antara dua orang, suara yang muncul pada saat yang bersamaan adalah suara percakapan kedua orang tersebut. Gerakan bibir mereka sama dengan suara dialog yang muncul.
-       Suara non simultan iaitu suara yang muncul tidak sama dengan waktu aksi cerita yang tengah berlangsung. Suara nonsimultan aksi cerita boleh dibahagikan menjadi dua jenis, yakni suara sebelum dan selepas aksi cerita yang tengah berlangsung.

-         Suara sebelum aksi cerita. Teknik ini menggunakan suara yang di gunakan dahulu, yang muncul kembali pada aksi cerita yang kini tengah berlangsung. Suara sebelum aksi cerita boleh dicapai melalui undian kilas-balik tanpa gambar. Teknik ini di gunakan sebagai kilasan memori atau trauma masa lalu dan sering berbentuk suara batin.
-         Suara selepas aksi cerita. Teknik ini menggunakan suara yang belum digunakan tetapi telah muncul pada aksi cerita yang tengah berlangsung

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Catatan: Hanya anggota dari blog ini yang dapat mengirim komentar.